SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS10 | Selangor FC vs Kuching City FC | Aksi #LigaSuper2024 Kembali

Sep 13, 2024 - FAS

Hari ini, Selangor FC teruskan perjuangan dalam saingan Liga Super 2024/25  menentang Kuching City FC di Stadium MBPJ selepas liga berehat bagi memberi laluan kepada Kalendar FIFA pada jam 9 malam.

Menurut pemain import Selangor FC, Yohandry Orozco, beliau akan berikan segalanya untuk membantu pasukan.

“Kita pernah menentang Kuching City dalam perlawanan Suku Akhir Piala FA, sudah semestinya kita tahu akan kelebihan yang mereka miliki terutama sekali apabila mereka bertahan. Semangat yang mereka miliki menunjukkan bahawa mereka bukanlah sebuah pasukan yang mudah mengalah,”

“Secara peribadi, saya berusaha untuk mempersiapkan diri dengan baik dengan harapan dapat membantu pasukan bagi mempamerkan perlawanan yang sengit sekaligus membawa kemenangan kepada Selangor FC.” semangat Orozco.

Bagi keberadaan pemain, Mukhairi Ajmal masih menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan di bahagian hamstring.

Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan akan berikan segalanya bagi menghidangkan perlawanan yang baik pada malam ini. Ayuh Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!